Wednesday, September 2, 2009

2009 Penuh Kenangan.......


Bermula 1 Jun 2009, Lembaran baru dalam hidup aku bermula.... Aku bertugas di sekolah baru...SMKG....Mengajar KIMIA, SAINS dan MATEMATIK..... subjek yang aku idamkan...

Tapi 2 hari terakhir di SMTS.... aku sempat bawak pelajar PPSS ke JB, Book fair bersama Mr. Sing, Cg. Burhanuddin dan Cg. Jepp. Bestnya.... tengoklah gambat-gambarnya....

Tapi mulai 17 Ogos aku di tempatkan pula ke SMKTS, terkejut......kena pegang jawatan hakiki... mak ooiiiii besarnya tanggung jawab. Tapi "I try my best'......



Thursday, June 4, 2009

AKU DAN SM TEKNIK KU tercinta.......
















Pada 27 Mei 2009, PSS SMT Segamat telah menganjurkan Program Pelancaran NILAM 2009 di Dewan Arkitek. Aku tak sangka itulah program terakhirku untuk sekolahku yang tercinta.
Apapun aku ucapkan jutaan Terima kasih kepada Dr Azman b. Ahmad, Penolong Pengarah BTP, PSPN Johor. Ceramahnya yang bertajuk "Penentu Segala" telah membuka minda banyak pihak terutam guru SMT yang positif mindanya.
Buat guru-guru SMTS teruskan perjuangan, jangan putus asa, walaupu anak didik kita dalam kategori yang amat sederhana akademiknya. bak kara Dr. azman, `attiude' atau sikap kita adalah penentu segala kejayaan kita dalam mendidik anak bangsa. Begitu juga dengan semua rakanku AJK Pengurusan Sekolah, pengorbanamu, hanya Allah saja dapat membalas dalam mendewasakan ku.....
Buat semua anak muridku terutama pelajar 5KM2 dan 5KE1 serta semua Pengawas PSS, teruskan usaha dan ubahlah sikapmu!!! jadilah insan yang kuat berusaha, tekun, berakhlak mulia dan bermoral tinggi. Terusakan dengan sikap yang berbudaya menyelidik dengan rajin membaca. Membaca itu amalan yang mulia dan buku itu jambatan ilmu.
Selamat tinggal SMTS ku yang amat kucintai... sealama hampir 16 tahun jasa baktiku hanya untuk kamu........Ampunkan segala keterlanjuranku wahai semua warga.........






Sunday, May 24, 2009

Pantun Sopan Nasihat Kepada Yang Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Thursday, May 21, 2009

Yang sangat ku sayang.......

Yang ini...Sedihnya....Mati digigit anjing...Theodore dalam kenangan!!!!!

Yang ini paling manja.... Ninit!!!
(pernah terberak dan terkencing di katil umi...!!!)


Semuanya ada lima........ Ninit, Nenek, Theodore, Alvin dan Simon....

Kau yang sangat ku sayang
kerna...kau sangat manja
anggun di wajahmu...
tenang di matamu...
Hati ini mengasihimu...





Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU........





Asssalamualaikum...... Salam sejahtera..... Semua sahabatku...
Guru oh...Guru...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

SELAMAT HARI GURU 2009

Jumpa lagi wahai semua sahabatku..... Akhirnya selasai kursus PSS, di JB......Banyak ilmu dipelajari, bukan mudah nak menjadi GPM, ramai orang kata kami 'guru tak ada kerja', 'guru kurang mengajar', dan macam-macam lagi yang berbau negatif, yang sedihnya yang tak patut kena buat pun jadi tugas utama. Asal media sahaja semua kita!!!!. LCD tak berfungsi panggil kita, kalau tak jalan ke atau tak ada suara ke! kita kena ambil tahu. Kalu tidak, nanti kita akan disindir dan menjadi bahan gelak pula!. Entah bilalah kita ni dilatih menjadi teknisyen.. Maka jadilah kita teknisyen tak bertauliah.... Kita dilatih menjadi guru dengan P&P, tapi lain pula bila dah jadi GPM. Kadang kala terpaksa menjadi macam orang yang dah ada Ijazah Sains Perpustakaan.... atau ICT pula!!!

Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, P&P adalah nadi kehidupan. Kecintaan pada tugas mendidik anak murid tetap menjadi keutamaan......tak kira bangsa atau keturunan. Wang bukanlah segalanya, semua tugas tetap dianggap sebagai suatu ibadah... Semoga kita semua berada dilandasan yang benar. Sabar itu sebahagian dari iman, anggaplah segala yang kita tempuhi sebagai suatu cabaran....

Selamat hari Guru, 2009, Semoga kehadiran hari ini peranan kita menjadi semakin diperlukan....
Wassalam....

Terima kasih kepada KPM. BTP. UiTM cawangan Johor, PKG Johor, PPD Negeri Johor dan Sekolahku tercinta........






Monday, May 11, 2009

MINGGU-MINGGU SIBUK!!!


ASSALAMUALAIKUM.... SALAM SEJAHTERA....!!!

Minggu ini dan minggu lepas adalah hari-hari sibuk warga pendidik. Bermula 3-4 Mei, saya ditaklimatkan mengenai PBS di JB, yang perlu dilaksanakan di daerah dalam bulan Mei ini. Sekarang, mulai 11-14 mei pula Bengkel PSS Sekolah Menegah juga di JB. 18 Mei pula sambutan Hari guru. Lepas tu... pemantauan PEKA menyusul pada 19-20 Mei. Sahabat-sahabat pula macam mana? Dah ready!!!!

Tapi jangan lupa Peperiksaan Pertengahan Tahun, sedang berlangsung sekarang!!! Ada yang dah mula tanda pun!! Syabas!! teruskan usaha, jadilah pendidik yang jujur, dedikasi dan berkesan.

Akhirnya, Selamat Hari Guru 2009. GURU DEDIKASI, UMMAH BERILMU.....




Selamat melayari blog kawan.......


Assalamualaikum wbt,

Kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan;


Kawan, sahabat dan teman merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan seseorang insan. Mereka merupakan rakan dikala senang mahupun susah. Sahabat yang sering ingat mengingatkan kita tentang siapa kita, apa tujuan kita diutuskan di dunia ini dan ke mana kita nak pergi selepas ini. Teman yang selalu memberikan tunjuk ajar dan menyampaikan maklumat bagi insan yang cintakan budaya ilmu, budaya menyelidik, budaya mendidik dan membimbing.


Atas dasar ini kawan mengutuskan blog ini. Semoga apa yang kawan impikan akan mencapai destinasi yang diharapkan........Bersama-samalah kita membentuk umat yang positif mindanya dari sudut mental dan spiritual....


Dari editor AL HAQEEM.....Pleasent chemistry!!!!


Wassalam.